Saturday 12 February 2011

Karangan Scamper

"Orked!Orked"Mak Muna memanggil.


"ye mak"Orked menjawab


"Turun makan"mak muna membalas.

Orked bergegas membuka telekongnya dan terus turun untuk menjamu selera dengan keluarganya.Pak samad menggeleng kepala sambil menanti anaknya menurun.Pak samad adalah ketua kampung pulau sebang.Ramai penduduk kampung berjumpa dengannya untuk mendapatkan pertolongan.Semenjak tentera-tentera jepun masuk ke dalam kampung ini,pak samad terpaksa kehulur hilir untuk menyelesaikan masalah-masalah penduduk kampung.Namun tidak semua masalah dapat diselesaikannya.


"Cepatlah sikit.Abah dah lapar!Macam-macam hal orang-orang jepun memberi kita..."Pak samad mula bersyarah.


"ya ya.Saya dah sampai"Orked berkata sambil berlari.


"Awak mesti berhati-hati,baru sahaja hari itu suami mak jah dibunuh kerana tidak menunduk kepada askar jepun itu"mak muna berkata sambil merenung wajah suaminya.


Setibanya melur di meja itu,terdengar sebuah dentuman yang berbunyi seperti mercun.Pak samad hanya mengeleng kepala sambil melihat wajah-wajah isteri dan anaknya.Dia berasa amat takut jika suatu hari dia akan meninggalkan kedua-dua mereka kerana hendak memperjuangkan maruah dan bangsa.Pak samad mula menitiskan airmata.


"Mengapa ayah?"Orked bertanya


"Tidak ada apa-apa.Lemak cili api ibu kamu ini amat pedas"Pak Samad berkata sambil bersenyum.


Mak muna hanya berdiam diri kerana dia tahu suaminya sedang menyembunyi sesuatu kepada dia dan Orked.


Keesokan harinya,Orked disuruh ke pasar untuk mendapatkan beras.Selalunya mak muna yang ke pasar dengan suaminya namun hari ini mereka ada perkara-perkara yang hendak di selesaikan.


"Jaga diri kamu baik-baik.Nanti ayah menunggu Orked di simpang empat selepas ayah menjumpa pak ngah kamu"Pak Samad berkata dengan hati yang berat.



Orked mengangguk dan mula berjalan ke menuju ke arah pasar.Hatinya berdegup dengan pantas apabila dia terserempak dengan dua askar jepun.Dengan pantas Orked menunduk dan tidak bergerak seperti sebuah patung.Kedua-kedua askar jepun itu mula bercakap antara satu sama lain.Seorang dari mereka senyum dan memberi isyarat bahawa Orked boleh berjalan.Orked pun berjalan dengan pantas seperti hendak berlari dari harimau yang sedang tidur.Apabila dia sampai di pasar,dia terperanjat
kerana di pasar terdapat ramai orang "Orked!"Seorang memekik.
Orked pun pusing dan melihat pak husein memanggil sambil menuju ke arah Orked.Pak hussein adalah pemilik kedai yang menjual beras .
"Orked datang hendak membeli beras?"Pak hussein menanya.Orked pun mengangguk.
"Ambillah secupak beras ini.Ini adalah beras yang terakhir yang dapat saya jual.ini kerana orang jepun telah melarang sesiapa untuk menjual apa-apa pun.Dia pun telah menyekat segala pembekal-pembekal yang pakcik tahu.Pakcik banyak terhutang budi dengan ayah kamu.tolong kirimkan salam.Siapa tahu ini adalah salam yang terakhir"Pak samad berkata sambil memaksa sebuah senyuman.
Orked terus mengangguk dan berjalan keluar dari pasar meninggalkan pak hussein.Oleh kerana berjalan terlalu pantas,Orked terpijak sebuah batu lalu dia terjatuh.Smua beras yang di bawanya tumpah ke atas lantai.
"Adakah adik tercedera?Boleh saya bantu?"Kata seorang lelaki.
"Saya sakit sedikit sahaja.Habislah,semua beras yang saya bawa terjatuh ke lantai"Orked bertutur tanpa melihat wajah lelaki itu
"tidak mengapa secara kebetulan saya ada bawa secupak beras dengan saya"Lelaki itu berkata sambil meng hulur tangannya.
Orked pun mencapai tangannya."Terima....."Orked tersentak kerana ketakutan apabila melihat wajah seorang askar jepun yang sedang memegang tangannya.Orked terus menarik tangannya dan menunduk.
"Jangan takut wahai si adik.Nama saya takeshi"Dia berkata.
"Tolong jangan apa-apakan saya"Orked berkata.
"Kalau awak tidak mahu saya apa-apakan awak,jangan bertunduk seperti menyembah saya"Takeshi berkata sambil ketawa.
Orked pun bangun dan melihat wajah takeshi.Mata mula bertentangan.Perasaan cinta mula membara jauh di sudut hati kedua-dua insan ini.Perasaan takut,secara perlahan-lahan,hilang dari Orked setelah mengagumi wajah takeshi.Takeshi pun menghulur beras dan menemani Orked sepanjang perjalanannya.Mereka mula bermesra antara satu sama lain.
"Nampaknya awak hanya boleh hantar saya sampai sini sahaja.Nanti ayah keluar dengan parang mengejar kamu."Orked berkata sambil ketawa.
"Terima kasih"Takeshi berkata.
"Mengapa?"Orked menyoalnya.
"Kerana sudi berjalan dengan saya"Takeshi berbisik.
Orked pun senyum dengan malu dan lari balik ke rumah
Mulai hari itu,Mereka berdua selalu berjumpa tanpa ketahuan pak samad.Namun,kegembiraan ini tidak berkekalan.
Pada suatu hari pak samad telah ditangkap oleh askar jepun dan di bawa ke markas mereka.Pak samad ditangkap ketika dia sedang mengajar silat.Ramai orang kampung member diskripsi wajah yang seiras seperti Takeshi.Mak muna meraung seperti di cucuk dengan pisau.Setelah kejadian itu mak muna menjadi seorang yang pendiam dan dia mudah takut dengan perkara-perkara yang kecil.
"Apa khabar Orked.Mengapa awak berwajah murung hari ini"Takeshi bertanya
Orked terus memberi tamparan yang kuat kepada takeshi."Kurang ajar!Awak berpura-pura bercinta dengan saya dan awak memusnahkan keluarga saya.Awak membunuh ayah saya!Saya benci awak!Saya benci!"Orked meraung sambil menumbuk dada takeshi.
"Orked!Saya tidak buat apa-apa.Sumpah!Saya berada...Orked!"Penjelasan takeshi tersekat apabila Orked terus berlari.
Takeshi tidak berani mengejar Orked kerana tidak mahu orang menyalah sangkanya.Takeshi mula berasa sedih.Dia tidak boleh tidur kerana memikirkan keadaan Orked.Takeshi pun menulis surat.
"Kepada gadis yang ku cinta,
Saya tidak menangkap ayah kamu.Sumpah.Saya berada di kampung seberang kerana saya di arah oleh pegawai atasan saya.Aku amat cintakan kamu.Aku rela mati dari melihat kamu bersedih.Hanya tuhan tahu betapa kuatnya cinta aku terhadapmu.Aku akan cuba melarikan ayah kamu.Aku amat rindu dengan suaramu yang sentiasa menyenangkan hatiku.Aku tidak tahu mengapa hatiku berasa berat.Aku akan menanti suaramu Orked.Aku tidak boleh tidur tanpa memikirkanmu.Sekian terima kasih."
Dengan hati yang tenang,Takeshi memakai baju dan berlari ke rumah orked.Dia Meletakkan surat itu di depan rumah orked dan pulang.Tidak lama kemudian angin meniup surat itu dan surat itu terbang mencecah langit.Takeshi terus dengan operasi untuk menyelamatkan pak samad.Di masuk ke dalam penjera tanpa ketahuan pegawai di situ.
"Pak samad saya ingin membantu kamu"Takeshi berbisik.
"Jahanam kau jepun"Pak samad pekik dengan kuat.
"Pak samad percaya kata saya"Takeshi berkata sambil membuka pintu penjara itu.
Mereka berdua dapat keluar dari markas itu.Namun malang tidak berbau,tidak lam kemudian beberapa askar memekik dan menembak ke arah pak samad dan takeshi
.Takeshi berhenti dan memekik"Pergi pak samad!Lari"Takeshi terus menghalang kedua-dua askar jepun itu.
"Orked saya cin..."Takeshi berkata dengan suara yang lemah namun dia tidak dapat menghabiskan katanya kerana dia menghembuskan nafaz yang terakhir.
"Pchinngg"Bunyi pinggang yang terjatuh.
"Ya allah!Orked apa yang kamu buat!"Pekik mak muna.
"Entahlah mak tiba-tiba saya hilang genggaman saya"Orked berkata sambil mengaruk kepalanya.
"Muna!Muna!Buka pintu ini"Pak samad memekik .
Mak muna terus membuka pintu dan memeluk suaminya yang lama jauh darinya.Mereka terus bergegas masuk ke dalam rumah.Pak samd terus menceritakan apa yang telah berlaku tadi.Orked berasa tidak sedap hati.
Beberapa tahun kemudian,askar jepun telah di kalahkan dan malaya bebas dari penyeksaan tentera jepun.Orked berjalan ke pasar untuk membeli beras.Setelah membeli beras dia pulang.Dalam perjalanannya dia terjatuh dan beras yang di bawanya tumpah.Kemudian angin bertiup dengan kencang sekali dan sepucuk surat melayang ke arahnya.Orked pun membuka dan membaca surat itu.Ketika membaca surat itu air matanya meleleh membasahi pipinya
"Adakah adik tercedera?Boleh saya bantu?"Suara yang Orked kenal berkedengaran.